Thursday, August 07, 2008

Usah mengeluh didik anak


interesting article to read... renung-renungkan dan selamat beramal !


Photobucket

credit image to http://www.captureeden.com

DALAM meniti kehidupan yang penuh mencabar hari ini, ada ibu bapa yang mengabaikan aspek penjagaan dan kasih sayang anak kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan.

Renunglah panduan berikut untuk membentuk jati diri si anak serta kebahagiaan sekeluarga:

1.
Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri. (Nama panggilan yang baik digalakkan di dalam Islam).

2.
Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan akal atau daya fikir lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.

3. Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

4.
Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana mereka yang akan mencorak masa depan negara kelak.

5.
Usah mengeluh dalam mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak rasa diri mereka sebagai beban.

6.
Dengar cerita anak kerana cerita itu mungkin tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap, ini mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap.

7.
Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

8. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahir mereka. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai.

9. Luangkan masa bersama anak di luar rumah, peganglah tangan anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan rasa pentingnya kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

10.
Hargai permainan kesayangan anak, mereka juga pada masa sama akan menghargai barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

11. Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

12.
Jangan selalu membawa kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

13.
Terima keadaan bahawa kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.


14. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia akan membuatkan anak lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

credit to Harian Metro.

No comments: