assalamualaikum.
+ Bali Day 1. 24th April 2006 +
okay, just mukadimah sebelum ke Bali, 2nd final exam on Saturday 22nd and class on Sunday 23rd, and 3rd final exam actual date was after Bali trip, tapi Prof yg baik hati telah brought forward and kami hanya perlu jawab two study cases ... alhamduLillah yey! boleh la ke Bali dgn fikiran yg sungguh lapang shallalallaaaa!
oh my, flight on early Monday 24th, wahhh time bile nak packing and nak carik battery energizer, food bla bla ... big big and big thanks to my wonderful companion Intand Fidza :) mekacih banyak darling krn sentiasa menolong dan memahami si kelam kabut ni hehe
+ flight +
flight at 9.50am. so many tourists bersama kami and ya Allah sejuknya dlm flight tu. rasa menggigil time makan and we even hugged each other utk kurangkan sedikit tahap pembekuan yg berlaku. flight to Bali was around 2 hours and 40 minutes. sewaktu aircraft terbang rendah utk mencecah landasan kira-kira pukul 2.00pm, pemandangan sekitar airport sudah menawan hati. pantai bersih + ombak + pokok kelapak+ bangunan yg rendah-rendah cute miut wahhh !
+ kami yg kebekuan tapi posing tetap posing +
nah! Selamat Datang ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali. alahaiii belum keluar bangunan airport lagi tapi taman-taman kecil + patung keagamaan + air-air pancut dan ikan-ikan kap yg menjadi hiasan dalam airport tu pun sudah menggamit pandangan. sungguh harmoni dan menyamankan.
nah! Selamat Datang ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali. alahaiii belum keluar bangunan airport lagi tapi taman-taman kecil + patung keagamaan + air-air pancut dan ikan-ikan kap yg menjadi hiasan dalam airport tu pun sudah menggamit pandangan. sungguh harmoni dan menyamankan.
okay, selesai urusan imigresen, kami segera keluar utk mencari pak supir. orangnya rendah, kecil dan baik hati, panggilnya Su shj. bersama driver, kami dibawa menaiki van ke hotel di Kuta. melalui lorong-lorong kecil di kiri kanan rumah penduduk Bali. kemas + teratur dan lamannya tersusun hias. Kuta antara bandar yg terkenal di Bali dan ketika bom kedua berlaku di salah sebuah restoran di sini, lokasinya hanya selang 10 minit jalan kaki dari hotel kami. letupan bom pertama di Legian, dua bar terlibat dlm letupan yg mengorbankan 88 pelacong, kebanyakannya adalah warga Australia. juga tidak jauh dari hotel.
pulau Bali ini kecil comel je tanahnya, lebar nya 150km maka jalan raya nya di bina besar sedikit saiz kereta biasa dan kebanyakannya adalah sehala. pelancong barat lebih suka menyewa sepeda dan memecut laju di jalanan. ewahhhh! Su kata bagi aussie, pulau kecil ini adalah rumah kedua mereka.
Su akan mengambil kami dlm pukul 4 ptg, maka selesai urusan check in di Mercure Hotel, Kuta, mula la kaki-kaki ini merayap-rayap. sebenarnya, kami amat bersyukur krn lokasi hotel sangat strategik. dekat dgn supermarket (yg kami pergi 2-3 kali) serta outlets spt Roxy, Billabong, Quicksilver, Polo etc selain sebelah dgn Hard Rock Hotel Bali yg amat lah famous dan cantik, pemandangan mengadap laut tapi kami tak berani ke sana krn matahari terik membahang, dan dekat dengan kedai-kedai yg menjual pelbagai barangan tempatan spt kraftangan, souveniers, dll.
+ Uluwatu Temple +
Lokasi pertama mengikut itinerary. SubhanAllah, tempat ni indah nya tak terucap dgn kata-kata. Since 90% penduduk Bali adalah beragama Hindu, begitu banyak pura (temple) yg boleh dilawati (tapi pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan beribadat). Uluwatu adalah salah satu pura ..."dipanggil pura, bukan pura-pura ye" pesan Su. monyet-monyet di sini cute + kelakar juga. cuma kami ni agak cuak dgn camera dan sunglasses. pura ini berada di hujung laut, di atas tebing laut berbatu yg curam, mengadap Indian Ocean yg luas terbentang, pemandangan saujana mata memandang dan barangkali kalau berenang, kami akan sampai ke Darwin, Australia.
+ Jimbaran +
"Dinner nya di Jimbaran, mengadap laut ye". Masa time Su beritahu kami tak terfikir yg dinner ni one of the surprise. Memang betul mengadap laut + makan makanan laut + sambil tengok sunset.Wowww what a surprise! Di Jimbaran yg terkenal dengan restoran-restoran tepi laut memanjang sehingga 8 km, pilih saja yg mana berkenan di hati dan nikmati sea food seenaknya.
okay, end of day one. bersambung...
tata.wassalam.
2 comments:
wahhh bestnye! syok laa wani dah dekat laut2 ni ek ;) apa kain2 kuning yg korang ikat kat pinggang tu?
thanks safurah :) memang tak sangka yg hotel pon depan pantai. kain kuning tu for religious practice utk lawat temple. macam non-muslim nak lawat masjid, musti tutup aurat urat semua ...
Post a Comment