AlhamduLillah, sudah selamat kembali drpd kampung selepas bercuti selama 15 hari. wahhh 2 weeks ! dah lama tak bercuti panjang rasa lapang jek dada dan kepala hehe
Meskipun Aidilfitri kali ni kurang meriah dibandingkan dgn tahun krn abang-abang tak dapat balik beraya, rasanya kali ni Lebaran membawa begitu banyak makna.
Selepas berjuang utk mendisiplinkan serta mendidik diri di bulan Ramadhan yg mulia, syukur krn diberikan peluang serta kesempatan utk berpuasa dan merayakan hari kemenangan ini. AlhamduLillah. Selain itu, pengertian Aidilfitri yg cukup beerti adalah dapat bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak saudara, kawan-kawan serta jiran tetangga. Segala kesilapan, kesalahan serta ketelanjuran mohon dimaafkan serta dihalalkan.
Lagi satu bila part bagi duit raya pd budak-budak. Tak sangka memang perasaan memberi tu best! seronok tengok diorang berebut-rebut dpt duit raya dan kira duit raya.
Moga-moga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki oleh-NYA utk menjalan ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri tahun depan. Insya-Allah.
1 comment:
ehemmmmm..
macam ayat cikgu bahasa melayu la :P
anyway, selamat hari raya! kite tak puas beraya thn ni.. :(
Post a Comment